FireStats error : Database error: Table './flavertm_opis/wp_opisfirestats_pending_data' is marked as crashed and should be repaired

MySQL Version: 5.1.68-log
SQL Query:
INSERT DELAYED INTO `wp_opisfirestats_pending_data` ( `timestamp`, `site_id` , `url` , `referrer` , `useragent` , `ip`, `type` ) VALUES ( NOW(), '1', 'http://blog.officekami.com/2009/08/etika-pekerjaan/', '', 'CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)', '54.198.36.179', NULL )

Etika Pekerjaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda bersama ruang tazkirah Officekami (cewah) Tazkirah == short sermon in arabic.

Hari ini saya berminat untuk membincangkan mengenai Etika Pekerjaan. Ha bagi Muslim yang wajib berpuasa sewaktu membaca artikel ini ( kerana ditulis pada bulan Ramadhan ), jangan kerana bulan puasa kita tidak produktif semasa bekerja. Rasulullah S.A.W siap pergi perang masa bulan puasa dahulu ditengah-tengah gurun, bukan Gurun kat Kedah. Pekerjaan kita adalah suatu ibadah dan jika kena caranya, kita mendapat pahala disisi Allah S.W.T.

Kerja itu Ibadah

Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaitu:

  1. Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.
  2. Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T.
  3. Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan.
  4. Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.

Jadi tak kisah la kita kerja apa pun selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Allah insya-Allah kita akan dapat pahala kerana ianya satu ibadah.

Tetapi, isu yang paling ingin diutarakan disini adalah soal percanggahan dengan syariat islam.

Etika Kerja yang bercanggah dalam Islam

Suka untuk saya sentuh perkara ini kerana dahulu sebelum saya ngan rakan saya kerja dengan satu syarikat ni, dia meminta kami untuk buat website yang berkaitan rokok dan arak. Kami bersama mempunyai delima designer. ” konfem dpt kerja dengan syarikat ni. tapi kalau tak nak buat kerja berkaitan rokok dan arak dengan syarikat ini, takut takde syarikat yang lain nak ambil kitorang?”

Nasib baik pada masa tersebut, rakan sekelas, Candiece, mencadangkan kitorang supaya menerima tawaran kerja itu tetapi meletakkan syarat-syarat supaya syarikat tersebut faham dengan kehendak kami. antara syarat yang kami letakkan.

Kami tidak akan melakukan sebarang projek/kerja yang berkaitan dengan perjudian, rokok, pornografi, arak dan apa jua yang dilarang dan memudaratkan dalam agama kami, agama Islam. (dalam kes kami seperti laman web, iklan multimedia, Flash Games dll)

Alhamdulillah, mula mula ingatkan dia tak ambik kitorang sebab syarat kami. Tetapi beliau ambil juga kami bekerja dan dengan syarat ni, beliau menjadi lebih prihatin dengan kehendak kami sebagai seorang muslim. Ada juga disediakan tempat untuk bersolat malah berbuka bersama kami.

Pendedahan kepada Non-Muslim

Saya yakin kita, terutamanya di Malaysia, rata-rata yang mempunyai Bos non-muslim boleh memahami mengenai etika pekerjaan kita, SEKIRANYA kita memberitahu mereka mengenai delima kita. Kita sebagai pekerja patut memberitahu mereka tentang had-had kerja yang kita boleh lakukan. Saya yakin seandainya ramai pekerja Muslim yang memberitahu mengenai had-etika kerja mereka kepada Bos/ketua yang bukan muslim, mereka boleh menerimanya. Justeru tiada delima dalaman yang dihadapi pekerja sekiranya seawal-awal temuduga mereka ( pekerja muslim ) sudah menerangkan had-etika kerja kepada non-muslim

Tapi, nanti saya tidak akan ada kerja kalau syarikat itu tidak ambil kerana syarat etika kerja yang saya tetapkan

Kita tidak seharusnya bimbang dengan soal itu kerana sebenarnya banyak alternatif syarikat lain malahan, syarikat lain mungkin membenarkan dan menerima syarat etika-kerja anda tetapkan. Jadi persoalan ini tidak seharusnya timbul sebaliknya perlu dinyatakan secara terus-terang supaya mereka (non-muslim) memahaminya. Sekali lagi saya yakin dengan toleransi yang diberikan oleh non-muslim di Malaysia tetapi andainya anda dibuang kerja atau tidak dapat menjawat jawatan tersebut, jadikan ianya sebagai satu hikmah. Berkemungkinan anda tidak menjawat jawatan tersebut kerana memang syarikat tersebut banyak terlibat dengan perkara yang bercanggah jadi sepatutnya anda bersyukur kerana dijauhkan dari itu.

Saya sudah bekerja dan terlibat dengan perkara2 tersebut, apa patut saya buat?

Terdahulu, jangan kita mulakan dakwah dengan kekerasan, tetapi perlu dengan lemah-lembut dan berhikmah. Jangan terus hantar surat letak jawatan. Anda boleh mulakannya dengan membuat surat yang menyatakan had etika-kerja anda. Seandainya kerja sudah dilakukan, mintalah kerja itu dilakukan oleh rakan non-muslim anda. Disini saya bukanlah mahu meletakkan hukum-hakam tapi sebaliknya penyelesaian secara berhikmah. Seandainya anda masih mencari kerja, nyatakan etika kerja anda didalam resume anda. Jangan lupa tawakkal :D

Antara Etika-Kerja lain yang diamalkan

  1. Yang tidak bercanggah dengan Islam
  2. Yang mempromosi Seks
  3. Yang mengeksploitasi kanak-kanak
  4. Yang mencederakan binatang
  5. Dan banyak lagi, bergantung pada prinsip anda

Saya yakin, kita sebagai muslim tidak akan menghadapi dilema sekiranya kita telah tetapkan pendirian kita :)


Rate this MobileOffice = 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...


Leave a Reply