Freelancers, Jangan Takut Caj Client Anda
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat para designer, webdesigner, programmer, dan pekerja sekalian. Sebelum saya memulakan topik ini, lihat sahaja gambar dibawah hasil karya N.C Winters di FreelanceSwitch.

Ada rasa nak gelak ?
Ha jangan lupa sambung baca
Secara ringkasnya, komik diatas menerangkan mengenai seorang tokey besar yang main golf mengadukan permasalahan yang beliau hadapi kepada rakan-rakannya. Beliau tidak percaya dengan harga yang dipinta oleh freelancer tersebut malah merasakan freelancer tersebut cuba menipu beliau dengan kadar harga, terma dan syarat serta gerakcara kerja freelancer tersebut. Beliau mengugut dengan mengatakan akan mencari freelancer lain dan menyangkakan freelancer tersebut tidak tidur lena kerana tidak mendapat kerja tersebut.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya, freelancer tersebut tidur dengan lena. Kenapa? Apakejadahnya beliau boleh tidur lena?
Gerak Kerja Freelancer
Kita kaji dahulu bagaimana gerak kerja seorang freelancer. Freelancer biasanya bekerja berseorangan atau mempunyai teman sepasukan dalam bilangan yang kecil. Ada juga freelancer yang mempunyai kerja lain sepenuh masa. Justeru, masing-masing terdapat gerak kerja tersendiri. Bagi saya, gerak kerja saya dan teman sepasukan saya untuk secara amnya adalah begini ( dengan mengambil contoh pembangunan APLIKASI laman web + custom CMS )
- Jumpa client dan berbincang dengan kehendak beliau mengenai sesebuah projek.
- Selepas 2-3 hari baru menyatakan sebut harga/quotation mengenai projek yang dikemukakan ( hari bergantung pada saiz projek adakalanya sampai seminggu kerana besar projeknya )
- Dapatkan pengesahan projek dan juga 30% deposit yang tidak akan dipulangkan bagi memulakan projek
- Selepas seminggu dari langkah ke3, akan tunjukkan contoh design <- penukaran/komplen pertama dari client
- Selepas seminggu dari langkah ke4, akan tunjukkan design revision 1 <- penukaran/komplen kedua dan terakhir dari client ( sekiranya terdapat pertambahan penukaran, caj tambahan dikenakan )
- selepas seminggu dari langkah ke5, design terakhir + minta bayaran 40% untuk memulakan programming
- bermula programming ( tengokla berapa besar = berapa minggu diperlukan )
- sebelum final submission, bayaran 30% final diperlukan.
Dalam situasi saya diatas, lebih kurang 4 minggu sahaja diperuntukkan untuk rekaan. Berdasarkan pengalaman saya, memang tahap rekaan lebih susah berbanding programming kerana rekaan/design adalah sesuatu yang subjektif. Ia seperti makanan, semua orang mempunyai pendapat berbeza. Lagipun bukan satu sahaja projek yang berjalan pada satu masa, dengan planning sebegitu rupa saya dapat menjalankan 2-3 kerja serentak dan lebih efektif.
Tapi selalu sahaja anda terima komen “apsal lama sangat nak design website?, mahal pulak tu!!”
Hargai Kerja (dan diri) Anda
Okey ada lagi satu karya N.C Winters dari koleksi Freelance Freedom di Freelance Switch yang berkaitan dengan tajuk ini. lihat!

Secara ringkas, sekiranya anda freelancer sepenuh masa, tiada siapa akan membayar insurans, faedah, cuti sakit, duit pencen anda, kecuali anda sendiri. Jadi segala kos yang anda kenakan kepada client anda perlulah mengambil kira perkara tersebut. Dan dalam mengambil kira perkara tersebut, adakalanya harga anda menjadi tinggi dan juga gerak kerja anda menjadi berlainan sehingga tidak bersesuaian dan telah disalahertikan oleh client yang sedang bermain golf seperti diatas.
Malahan, ianya adalah bagaikan insult atau hinaan dari client yang sedang bermain golf tersebut dengan menyatakan “we’ll see how well he sleeps tonight“.
Sudah tentu freelancer tersebut tidak mengalami sebarang masalah, kerana mengekalkan disiplin kerja beliau dan tegas dalam mengecaj/mengemukakan kadar harga servis beliau. Bukan freelancer tersebut takde kerja lain, kecuali kalau keadaan tidak mengizinkan, mungkin freelancer tersebut dah ambik projek tersebut. Biasa akan kedengaran ayat “win-win situation lah” tetapi jangan anda, freelancers, tidak win pula.
Jadi buat freelancer dan solopreneur , jangan takut cajkan client anda
P/S: (solopreneur – pemilik bisnes kecil – di-istilahkan oleh David Wang/BlogJunkie)
P P/S: Selamat berpuasa pada yang Muslim. Dibulan ini mungkin lebih banyak artikel akan dikarang untuk menggantikan Officekami Locations.. Sebab Puasa laa hahaha



August 26th, 2009 at 12:09 PM
setuju sangat
August 26th, 2009 at 10:50 PM
aku sangat suka post ini….
teruskan wahai tekong…aku sentiasa support ko dari Megan Avenue II..ehehe
bila nak lepak BdC lagi?
August 27th, 2009 at 12:49 AM
bagus la bleh blog ni…boleh jadi geng ke?
August 27th, 2009 at 12:05 PM
xun & orell – thanks utk support
azim – boleh! tp skang ni smer cafe cafe ni tutup camne nak wat kerja sama sama haha
August 27th, 2009 at 2:06 PM
Setuju sangat!! sebab kadang2 minded orang kite ni die igt freelance die leh senang2 nak caj murah kan tekong kan?huhuuhuhuh.. =)
August 28th, 2009 at 11:41 AM
xfliz – diorang ingat kos kita computer je :p
September 3rd, 2009 at 10:25 AM
Betul lah, paling susah bila orang tanya, “kalau buat web berapa yer biasa nya?”
aku jawab bergantung kepada keperluan.
Dan selalu aku akan di reject bila letak harga yang tinggi.
Tapi aku tak pandai bg alasan.
Tima kasih la ada kartun tu. ada jugak modal aku nak mempertahankan diri di kemudian hari..
September 6th, 2009 at 12:29 AM
dellantre – hehe sama sama
September 10th, 2009 at 3:32 PM
Thanks for sharing this article. =)
June 3rd, 2010 at 3:27 AM
thanks infonya .salam kenal.
November 11th, 2010 at 10:07 AM
unfortunately, terlalu ramai freelancer yg letak harga yg ‘membunuh’ freelancer lain, hanya sebab nak close deal. kebiasaannya, sorry to say, student.
nice article