Etika Pekerjaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda bersama ruang tazkirah Officekami (cewah) Tazkirah == short sermon in arabic.

Hari ini saya berminat untuk membincangkan mengenai Etika Pekerjaan. Ha bagi Muslim yang wajib berpuasa sewaktu membaca artikel ini ( kerana ditulis pada bulan Ramadhan ), jangan kerana bulan puasa kita tidak produktif semasa bekerja. Rasulullah S.A.W siap pergi perang masa bulan puasa dahulu ditengah-tengah gurun, bukan Gurun kat Kedah. Pekerjaan kita adalah suatu ibadah dan jika kena caranya, kita mendapat pahala disisi Allah S.W.T.

Kerja itu Ibadah

Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaitu:

Click to continue reading »



Rate this MobileOffice = 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

August 28th, 2009 by Posted in Article, Freelancing, Malay, Motivation |

Freelancers, Jangan Takut Caj Client Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat para designer, webdesigner, programmer, dan pekerja sekalian. Sebelum saya memulakan topik ini, lihat sahaja gambar dibawah hasil karya N.C Winters di FreelanceSwitch.

Ada rasa nak gelak ? :P Ha jangan lupa sambung baca

Click to continue reading »



Rate this MobileOffice = 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

August 26th, 2009 by Posted in Article, Freelancing, Malay, Motivation |

Kisah Ikan Terubuk & Ikan Siakap

Korang suke tak makan ikan terubuk? tak kisah la kukus ker, goreng camtuh ker, bakar ke, panggang ker, salai ke, masuk oven tekan butang ker.. pastuh cicah air asam.. sedap tak ? mesti sedap kan.. kalau leh rasanye sekor ikan tuh nak perabih terus kan ? Tapi masih.. ada satu persamaan tak kisah la camane cara ikan terubuk itu dimasak kan.. ha agak agak ? ape persamaan? Hmm.. kalau kukus rasa kukus la.. kalau letak kelapa kat dlm lain pulak rasa dia. tp still.. ada satu persamaan..

Ape persamaan dia eh ?

Ikan terubuk banyak tulang. tp isi dia sedap. manis lak tuh. ( bukan manis gula ) . memang payah sket makan ikan terubuk. kena buang tulang.. tulang disetiap isi-isi ikan. pulak tuh tulang dia bercabang. masuk sangkut kat tekak, jadi singa mengaum kohkohkoh sampai keluar tulang.

Berbanding dengan ikan siakap. ikap siakap.. isinya lawa. sedap pun sedap gak dan tak banyak tulang. tp orderla makan kat mana mana kedai makan.. sebut je siakap konfem RM25++ ikut saiz dan musim. belum campur masak camana.. lagi tambah mahal. terubuk .. mak aku cakap.. kalau order kat kedai masih tak semahal siakap.  siakap mmg mahal.

  • ikan terubuk – susah makan, tp murah dan sedap
  • ikan siakap – senang makan, tp mahal dan sedap

oke cukup kisah ikan diatas.. disini saya ingin samakan cerita diatas dengan kisah pelajar multimedia.

saya telah hidup selama 4 tahun sebagai seorang freelancer. permulaan kerjaya ini adalah semasa Pre-U/matrix/Alpha year di cyberjaya. masa itu.. saya hanya mempunyai laptop Asus A1000 Pentium 3 600Mhz. agak slow. ya memang slow. time tuh siap pinjam pc izzo atau ehsan atau ajim perlis atau sesape sahaja la rakan2 alpha yg sederet semata mata nak main ragnarok dan juga No One Lives Forever..

Kerjaya freelancer saya bermula dengan upah sebanyak RM 5.. montaj silat cekak dinner kat uniten.  dan bila dingati semula 4 tahun terdahulu, kebanyakan kerja freelance saya berkisar pada menyiapkan kerja kerja senior. tak lupa juga sesetengah kerja rakan-rakan sendiri. pada masa itu.. pemikiran saya tak panjang lagi.. jadi asal ade duit semuanya jadik. dari 50-300-400.

tapi melihat pada masa sekarang.. dengan kehendak industri yg membebankan, tindakan saya mengambil kerja freelance sebegitu telah menyebabkan mereka menjadi mundur, sekaligus menjadi orang yg malas. jadi orang yg tak nak berusaha. ijazah hanyalah sebagai nama. skill tiada. saya tidak salahkan pelajar yg belajar management atau engineering atau belajar kedoktoran.. tiba tiba disuruh buat flash. itu memanglah tak patut. kalau begitu bolehlah saya menolong. akan tetapi kalau pelajar multimedia sendiri. sepatutnya belajar flash itu semua.. patut mereka sendiri yg buat. mereka sendiri yg belajar.

pelajar-pelajar sebegini kaya, sanggup mengupah orang lain pada harga tinggi bagi menyiapkan kerja mereka. bila keluar nnt, diorang terus jadi bos ker? main upah je. skill takda. bila skill takde. diorang tak appreciate apa yg designer/developer buat. gaji dibayar rendah. duit lain semua masuk poket sendiri. diorang beli ikan siakap dan terus makan.. tp tahukah diorang appreciate? itu terpulang pada mereka sendiri.

dan sebagai freelancer/designer/developer.. kerja kerja ini memang memeritkan. ya.. kami bersusah payah demi menghasilkan output terbaik. kami ingin menikmati ikan terubuk dengan sepuas2 nya.  ya. saya sudah kenal ramai freelancer. kisah suka duka banyak dikongsi bersama.

lama kelamaan.. berapa ramai yang bebetul mahir dlm industri ?

“nak carik flash programmer di malaysia nih.. segenggam tangan jer”  – kata kata Riz Ainuddin kepada sabau

dan aku masih lagi tak tergolong dlm segenggam tangan tuh. nasihatku pada sendiri supaya teruskan meningkatkan taraf kemahiran.

appreciate dan hargai setiap usaha yg kita lakukan.. that way, you’ll be much better. jgn nak yg terbaik dan cari jalan mudah, upah orang. dahulu saya juga tidak yakin dengan keupayaan saya dlm bidang art tetapi terima kasih pada tenaga pengajar yg memberi sokongan.. saya cuba juga menghasilkan karya. mmg saya akui saya kurang artistik.. tapi keupayaan dlm teknikal mebolehkan saya berdiri sama tinggi dengan mereka yg lain

bila keluar nanti.. binalah banyak hubungan kerjasama.. kan lagi meriah. Allah telah ciptakan manusia itu berbagai2 peranan dan juga tugas dia. kumpul seberapa banyak designer/copywriter/developer dan bekerja bawah bumbung sama. itu baru betul nak buat lepas habis belajar.. bukan masa belajar. sbb masa belajar.. tuh malas namanya.

dan buat mereka yg pernah mengupah saya.. terima kasih sbb mengupah saya.. sbb kalau anda tak mengupah saya.. mana mungkin saya berada ditahap sekarang.. setengah jauh dari golongan ’segenggam tangan. bila anda meminta teknologi flash seperti jigsaw puzzle, crosswords, dan macam macam la.. secara tak langsung saya belajar juga.

jadi buat mereka mereka yg tergolong dalam arena multimedia.. kuatkan usaha dan kerja. hendak seribu daya, tak nak sudah.

saya juga main game,makan minum dan bersukan seperti anda. sekali lagi.. hendak seribu daya, tak nak sudah.

meh sama sama memajukan diri. masuk sem 2 nnt levelupkan diri lagik. ( oh saya bukan lagi seorang pelajar :P )



Rate This MobileOffice = 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

May 13th, 2009 by Posted in Article, Malay |